Minggu, 10 Februari 2013

SEJARAH KEBAYA 3

Sejarah Kebaya Nyonya

KEBAYA 

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang pada asalnya dikenakan oleh wanita di  negara Indonesia dan Malaysia.  Selain itu pakaian Kebaya ini dibuat dengan menggunakan sejenis kain yang dikenali dengan Kain Kasa.  Baju Kebaya juga boleh dikenakan dengan sarung batik atau pakaian tradisional yang lain seperti kain songket dengan motif berwarna warni.

Baju Kebaya telah dikatakan berasal dari kaum Cina yang telah berhijrah ke Nusantara ratusan tahun dahulu .  Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi.

Setelah penyesuaian budaya atau asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu telah
diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana sahaja.  Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi mereka.  Hari demi hari, kebaya telah diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori dan telah bertukar dengan menggunakan sutera dan diselitkan sulaman yang berwarna warni.

Disamping itu pakaian yang mirip yang disebut "NYONYA KEBAYA" telah dihasilkan pertama kali oleh orang orang Peranakan cina daripada Melaka.  Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manik".  Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk mengubahsuai rekabentuk dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang diubahsuai boleh dikenakan dengan seluar jeans.
Posted by Picasa

SEJARAH KEBAYA 2

Sejarah kebaya dapat didefinasikan sebagai pakaian tradisional Melayu dan peranakan Cina. Perkara ini sudah dikaji oleh para sarjana iaitu Denysombard. Beliau menyatakan Kebaya adalah pakaian yang berasal dari bahasa Arab Kba yang bererti pakaian dan diperkenalkan leat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Perkataan kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasa/blouse) pertama yang dipakai oleh wanita Indonesia pada kurun atau abad yang ke-15 atau 16 Masihi. Hujah ombard sudah terima terutama leat analogy penyelusuran lingustik yang sehingga sekarang kita masih mengenali kebaya sebaya Abaya yang bererti unik panjang khas Arab. Sementara sebahagian sarjana yang lain percaya kebaya mempunyai kaitannya dengan pakaian unik perempuan pada masa kekuasaan maharaja Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini menular ke kawasan lain setelah berlakunya imigrasi besar besaran ke semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga 16 Masihi.
KEBAYA PERLIS
Kebaya Perlis adalah kebaya labuh yang biasannya dipakai dengan kain batik lepas, batik sarung atau dijahit satu sut (sepasang). Pada zaman dahulu ia diperbuat daripadaa kain kasa lembut yang agak nipis dan jarang serta digunting mengikut bentuk badan pemakai dan mempunyai pesak yang lebih dan labuh di bahagian belakang. Kebaya ini akan dipakai setiap wanita Perlis pada zaman silam untuk ke majlis keramaian seperti kenduri kahwin, adat istiadat dan sebagainya. Kebaya Perlis kini diberi nafas baru pereka fesyen tempatan dengan pelbagai corak komtemporari dalam usaha untuk memartabatkan semula fesyen ini dalam kalangan wanita perlis




Sumber