SEJARAH KEBAYA 2
Sejarah
kebaya dapat didefinasikan sebagai pakaian tradisional Melayu dan
peranakan Cina. Perkara ini sudah dikaji oleh para sarjana iaitu
Denysombard. Beliau menyatakan Kebaya adalah pakaian yang berasal dari
bahasa Arab Kba yang bererti pakaian dan diperkenalkan leat bahasa
Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Perkataan kebaya
diertikan sebagai jenis pakaian (atasa/blouse) pertama yang dipakai oleh
wanita Indonesia pada kurun atau abad yang ke-15 atau 16 Masihi. Hujah
ombard sudah terima terutama leat analogy penyelusuran lingustik yang
sehingga sekarang kita masih mengenali kebaya sebaya Abaya yang bererti
unik panjang khas Arab. Sementara sebahagian sarjana yang lain percaya
kebaya mempunyai kaitannya dengan pakaian unik perempuan pada masa
kekuasaan maharaja Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini menular ke kawasan
lain setelah berlakunya imigrasi besar besaran ke semenanjung Asia
Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga 16 Masihi.
KEBAYA PERLIS
Kebaya
Perlis adalah kebaya labuh yang biasannya dipakai dengan kain batik
lepas, batik sarung atau dijahit satu sut (sepasang). Pada zaman dahulu
ia diperbuat daripadaa kain kasa lembut yang agak nipis dan jarang serta
digunting mengikut bentuk badan pemakai dan mempunyai pesak yang lebih
dan labuh di bahagian belakang. Kebaya ini akan dipakai setiap wanita
Perlis pada zaman silam untuk ke majlis keramaian seperti kenduri
kahwin, adat istiadat dan sebagainya. Kebaya Perlis kini diberi nafas
baru pereka fesyen tempatan dengan pelbagai corak komtemporari dalam
usaha untuk memartabatkan semula fesyen ini dalam kalangan wanita perlis
Sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar